Last updated Monday, December 05, 2016 8:33 pm GMT+8

Wednesday October 19, 2016
12:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Demi mengejar impian, Erick Marco Gomez Ramos tidak mempedulikan kecacatannya dan terus bergelumang dengan buku dan jurnal. — Foto failDemi mengejar impian, Erick Marco Gomez Ramos tidak mempedulikan kecacatannya dan terus bergelumang dengan buku dan jurnal. — Foto failKUALA LUMPUR, 19 Okt — Walau cacat penglihatan, Erick Marco Gomez Ramos cekal  sekali mengatasi kedaifan jasmani itu demi menggenggam segulung ijazah sarjana.

Atas kecekalan itu, beliau diangkat sebagai graduan terbaik sarjana dasar awam Asean University Network di Universiti Malaya (UM) dengan skor mata 3.92.

"Saya banyak habiskan masa di perpustakaan, mencari jurnal sesuai dan membacanya melalui aplikasi gajet khas untuk golongan buta," katanya kepada ProjekMMO kelmarin selepas istiadat konvokesyen.

Aplikasi KNFB Reader dan NVDA melalui telefon bimbit atau tablet membantu orang kelainan upaya (OKU) penglihatan mendengar teks yang ditafsirkan oleh gajet tersebut.

Ramos, 30, warga Filipina, mengakui mulanya beliau terpaksa bergelut menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia sewaktu bertungkus-lumus menghabiskan pengajian selama tiga tahun.

Mujurlah, tambahnya, sokongan rakan, pensyarah dan suasana kampus yang mesra OKU banyak membantunya mendekati budaya tempatan dan proses pembelajaran dengan cepat.

"Saya selalu berkata kepada diri sendiri supaya jangan berhenti mencuba. Ambil peluang yang ada dan terus berusaha. Pada akhirnya kita akan dapat lihat hasilnya," katanya, tersenyum.

Anak bongsu daripada dua beradik, Ramos tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman di Manila dan merancang menjadi pendidik di sebuah institusi pengajian di sana.

"Rancangan untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi (PhD) itu ada tetapi bukan sekarang.

"Saya ada beberapa pilihan universiti tetapi buat masa sekarang mahu berehat dahulu dan mengajar, mungkin dalam masa lima tahun akan datang," katanya.

Istiadat konvokesyen UM 2016 melibatkan 5,073 graduan dari peringkat ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline