Tuesday August 29, 2017
6:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang bomoh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan merogol seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat — Paparan skrin GoogleSeorang bomoh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan merogol seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat — Paparan skrin GoogleKUALA PILAH, 29 Ogos — Seorang bomoh hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat.

Adam Hussin, 37, dituduh merogol mangsa berusia 32 tahun dengan alasan melakukan upacara membuang ‘pendamping’ pada tubuhnya, lapor Harian Metro.

Kesalahan dilakukan tertuduh di tiga hotel berasingan di daerah Tampin, lapor Harian Metro.

Tiada pengakuan direkod dari tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Ala’uddin Baharom menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Laporan Sinar Harian pada 23 Ogos lalu menyebut mangsa mengikut tertuduh ke hotel untuk membuang pendamping sebaliknya pekerja kilang itu diajak melakukan hubungan seks.

Mangsa yang enggan patuh kemudian dirogol sebelum diberi tiga telur dan lima limau sebagai amalan berubat.

Tertuduh ditahan di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam pada 16 Ogos lalu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline