Sunday July 30, 2017
5:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tun Dr Mahathir Mohamad. — Picture by Choo Choy MayTun Dr Mahathir Mohamad. — Picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 30 Julai — Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberi ruang dalam Pakatan Harapan (PH) demi memperluas jaringan gerakan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara.

“Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani.

“Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat,” kata ketua umum PH dalam kenyataan hari ini.

Bekas ketua pembangkang itu menjawab kekhuatiran beberapa pihak berlakunya “penyimpangan reformasi dan agenda perubahan” yang diperjuang selepas Dr Mahathir dilantik menjadi pengerusi PH.

Anwar berkata tidak mungkin bekas bosnya akan “mengelencong hala tuju” dari dasar inklusif gabungan pembangkang yang telah disepakati.

“Struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN. PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.

“Kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud.

“Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH,” katanya.

Beliau juga meminta NGO dan aktivis menegur, memantau prestasi PH serta mengemukakan cadangan demi perubahan menjelang pilihan raya umum kelak.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline