Sunday October 29, 2017
10:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Serdang menahan enam lelaki terlibat pergaduhan semasa kemalangan di LDP berhadapan IOI Mall, Puchong dekat sini, hari ini. — Paparan skrin GooglePolis Serdang menahan enam lelaki terlibat pergaduhan semasa kemalangan di LDP berhadapan IOI Mall, Puchong dekat sini, hari ini. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 29 Okt — Enam lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham membabitkan kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall, Puchong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Satria Neo. 

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi arahan pihak polis.

“Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Megat Mohd Aminuddin berkata kesemua suspek berusia 40-an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

Rakaman kejadian berdurasi dua minit empat saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu Proton Satria Neo ditahan kini tersebar di laman sosial.— Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline