Sunday September 17, 2017
4:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. — Foto oleh Choo Choy MayTragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 Sept — Berlaku perselisihan faham antara pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan anak-anak muda di kawasan taman rekreasi kerana berebutkan gelanggang futsal, kata timbalan pengetua.

Mohamad Azhari MahmAod, 40, berkata sejawak awal tahun anak muridnya kerap mengadu tidak puas bermain bola sepak kerana hanya ada satu gelanggang awam di Kampung Datuk Keramat, di sini, namun beliau menasihati pelajar supaya mengalah dan beriadah di padang sahaja.

“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Azhari juga mendakwa pernah beberapa kali ada kumpulan individu luar yang membaling mercun ke dalam premis pusat tahfiz pada Ramadan lalu.

“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya.

Mengulas hasil siasatan polis semalam yang menahan tujuh remaja, beliau bersyukur ia dapat menjelaskan kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pengurusan.

“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.

Tragedi pada subuh Khamis lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

Suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun yang merancang kebakaran ditahan bagi membantu siasatan, enam daripadanya positif ganja.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline