Tuesday July 18, 2017
1:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Suraya Yaacob (tengah) dan tetamu ceria selepas menerima kuntuman bunga dalam satu majlis sempena Hari Wanita Antarabangsa peringkat negeri di Bangunan Ukir UTC Sungai Petani, 8 Mac 2017. — Foto BernamaDatuk Suraya Yaacob (tengah) dan tetamu ceria selepas menerima kuntuman bunga dalam satu majlis sempena Hari Wanita Antarabangsa peringkat negeri di Bangunan Ukir UTC Sungai Petani, 8 Mac 2017. — Foto Bernama

ALOR SETAR, 18 Julai—Seorang exco Kedah menafikan tuduhan kononnya beliau sedang menikmati percutian atas bot mewah bersama keluarga dan rakan-rakan seperti yang tersebar di internet baru-baru ini.

Datuk Suraya Yaacob sebaliknya berkata ia hanya percutian sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya di Langkawi tanpa melibatkan belanja besar.

“Suami belanja saya sempena hari ulang tahun perkahwinan dan ia sesuatu yang bermakna. Saya juga ajak keluarga lain, seperti anak-anak, adik saya Suffian Yaacob serta beberapa rakan lain,” katanya seperti dilapor portal Sinar Harian.

“Ia bukanlah percutian mewah kerana semua orang mampu, hanya RM250 seorang.”

Tular di internet foto Suraya sedang menikmati percutian atas bot dan mendakwa Adun Sungai Tiang itu mengabaikan rakyat yang hidup susah.

Mengulas tentang ‘taikun bisnes’ yang turut serta atas bot, Suraya berkata individu itu, Jeffry Cheah dan isteri Chantel Liew merupakan kawan baiknya sejak di bangku sekolah.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline