Saturday June 17, 2017
1:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua polis Sepang berkata hasil pemeriksaan tiada tanda pengenalan diri ditemui pada badan suspek dan tiada kesan suntikan BCG. — Foto BernamaKetua polis Sepang berkata hasil pemeriksaan tiada tanda pengenalan diri ditemui pada badan suspek dan tiada kesan suntikan BCG. — Foto BernamaDENGKIL, 17 Jun — Tiga penjenayah warga asing ditembak mati oleh polis awal pagi ini berdekatan kawasan perumahan Jenderam Harmoni, Dengkil kerana cuba menyerang polis dalam satu operasi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata semasa rondaan yang dijalankan pihak polis cawangan D9 Kontinjen Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah Sepang, anggotanya terserempak dengan tiga lelaki terbabit yang berpakaian gelap dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika polis cuba untuk menahan kesemua suspek bagi pemeriksaan, mereka bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pihak polis,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Katanya polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan kesemua suspek disahkan mati di tempat kejadian.

Abdul Aziz berkata hasil pemeriksaan tiada tanda pengenalan diri ditemui pada badan kesemua suspek dan tiada kesan suntikan BCG.

“Selain parang, kami menemui peralatan dipercayai untuk memecah rumah dan hasil pemeriksaan cap jari pada seorang suspek mendapati beliau terlibat dalam enam kes iaitu di Dengkil dan Bandar Salak Tinggi.

“Kami mengesyaki suspek dalam perjalanan untuk melakukan jenayah pecah rumah hasil penemuan barang-barang tersebut,” katanya.

Kes di siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline