Tuesday June 20, 2017
9:49 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Azrel berkata sebagai teman rapat, Ruhainies merupakan salah seorang calon isterinya. — Foto oleh Choo Choy MayAzrel berkata sebagai teman rapat, Ruhainies merupakan salah seorang calon isterinya. — Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 20 Jun — Pernah menyatakan hasrat untuk berumah tangga pada tahun depan, pelakon Azrel Ismail tidak mampu memberi jawapan pasti.

Azrel, 33, berkata tarikh perkahwinannya belum dimuktamadkan dan ia mungkin ditunda sehingga ke beberapa tahun akan datang.

“Saya kata mungkin tahun depan tetapi belum pasti. Kalau ada rezeki insya Allah secepat mungkin tahun depan.

“Kalau masih tiada jodoh, tunggulah tidak tahu tahun bila.

“Calonnya banyak tetapi sudah tentulah untuk calon isteri, saya mencari yang terbaik,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

Photoshoot for @flora_anggun ! With @ruhainies7 😁 Selamat menyambut Bulan Ramadhan 👏👍🏻💪😁

A post shared by Azrel Ismail 🇲🇾 (@azrelismail) on

Pelakon drama “Cucu Tauke Beras” pada April dilaporkan bakal mengakhiri zaman bujang pada tahun depan.

Katanya, identiti calon isteri belum boleh didedahkan dan mungkin di kalangan pelakon tempatan.

Azrel berkata sebagai teman rapat, Ruhainies merupakan salah seorang calon isterinya.

Katanya, pelakon drama “Menantu Ting Tong” itu seorang gadis yang baik dan berharap hubungan mereka dapat melangkah ke fasa seterusnya.

“Ruhainies seorang wanita yang baik. Kami memang berkawan rapat. Mungkin daripada kawan akan ke peringkat seterusnya. Insya Allah. Tidak tahu lagi.

“Ruhainies ada dalam salah seorang senarai calon saya. Ruhainies pun tiada masalah.

“Segalanya masih terbuka kerana sesiapa saja boleh menjadi isteri saya. Belum ada yang spesifik tetapi bayang-bayangnya sudah ada. Siapa lagi belum tahu,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline