Thursday May 18, 2017
12:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mohd Mokhtar Che Hashim dirai dengan 19 vespa pada hari persaraannya. — Foto ihsan Facebook/Asmazlem AsmazlemMohd Mokhtar Che Hashim dirai dengan 19 vespa pada hari persaraannya. — Foto ihsan Facebook/Asmazlem AsmazlemTUMPAT, 18 Mei — Vespa yang dibeli dengan gaji pertama, kenderaan itu jugalah yang mengiringi pada hari persaraannya sebagai guru.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pinang berkonvoi bersama vespa merahnya, diiringi 19 vespa lain, lapor mStar.

“Lebih 30 tahun usia vespa saya ini, jasanya amat besar kerana  berulang-alik mengajar ketika mula-mula bertugas sebagai guru adalah dengan Vespa ini,” kata Mohd Mokhtar Che Hashim, 60.

Majlis itu turut meriah apabila Mohd Mokhtar membuat persembahan dikir barat bersama sebahagian daripada 653 pelajar di situ.

Beliau berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun dan berakhir 7 Jun ini selepas bertugas di sekolah itu selama sembilan bulan. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline