Thursday December 7, 2017
1:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lelaki yang dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri motosikal dibawa ke balai polis Bahau, Isnin lalu. ― Paparan skrin GoogleLelaki yang dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri motosikal dibawa ke balai polis Bahau, Isnin lalu. ― Paparan skrin GoogleBAHAU, 7 Dis ― Tujuh lelaki yang disyaki membelasah seorang pencuri motosikal hingga parah, sebelum disahkan mati, ditahan reman selama lima hari.

Mangsa, 47 tahun, dituduh mencuri Sabtu lalu. Selepas mengecamnya melalui CCTV, mereka mengejar lelaki itu hingga ke Rompin, lapor Sinar Harian.

“Mangsa kemudian ditahan sebelum dipukul dipercayai menggunakan topi keledar, seterusnya dibawa ke Bahau,” kata ketua polis daerah Jempol.

Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata mangsa yang pengsan kemudian dibawa ke balai polis Bahau sekitar jam 11.30 malam Isnin.

Mangsa yang cedera di badan dan kepala dibawa polis ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebelum disahkan mati jam 3.25 petang esoknya.

Tujuh individu itu ditahan untuk siasatan bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline