Wednesday February 14, 2018
12:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) menyampaikan sumbangan dua unit kereta bugi untuk kegunaan Majlis Al-Aqsa di Majlis Tuanku Syed Putra malam tadi. ― Foto BernamaRaja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) menyampaikan sumbangan dua unit kereta bugi untuk kegunaan Majlis Al-Aqsa di Majlis Tuanku Syed Putra malam tadi. ― Foto Bernama

KANGAR, 14 Feb ― Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekremah Sai’d Sabri memuji peranan Malaysia dalam membela nasib Palestin di pentas dunia, ketika berucap pada program ‘Prihatin Al-Quds 2018’ di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi.

Sebagai wakil kepada rakyat Palestin, katanya beliau amat menyanjung tinggi keprihatinan ditunjukkan terhadap negaranya dan menghargai pendirian Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata Palestin adalah bumi yang diberkati, justeru menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk membela dan mempertahankannya.

Katanya kawasan Masjid Al-Aqsa yang boleh menampung hingga setengah juta jemaah dalam satu masa, menjadi idaman tentera Israel untuk menguasainya, tetapi ketabahan rakyat Palestin mampu mempertahannya sejak 1967 lagi.

Turut berangkat pada program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. ― Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram