Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
6:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Saiful Bukhari membantu isterinya menjual pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket di PWTC. ― Foto oleh Kamles KumarSaiful Bukhari membantu isterinya menjual pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket di PWTC. ― Foto oleh Kamles KumarKUALA LUMPUR, 1 Dis ― Bekas pembantu peribadi tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan hidup baru sebagai usahawan songket dan pakar runding politik.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, dilihat memeriahkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membantu isterinya di gerai menjual pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket.

“Keputusan membuka gerai dibuat pada saat akhir. Ada peniaga yang undur diri jadi kami hanya ada lima hari sahaja untuk bawa produk kami ke sini,” katanya seperti dilapor portal The Star.

Menanti kelahiran anak kedua bersama bekas pembaca berita TV3 Nik Suryani Megat Deraman, 36, Saiful bersyukur dapat meneruskan hidup seperti biasa.

“Sudah lapan tahun sejak saya buat laporan polis (terhadap Anwar). Saya gembira dapat dengan kehidupan sekarang,” katanya yang memiliki firma perunding media dan politik .

Nik Suryani, pemilik Nang Surya berkata beliau mula membuka butik menjual batik dan songket di Terengganu sejak awal tahun.

“Saya sukakan tas tangan dan fesyen, jadi suami menggalakkan saya membuka sebuah perniagaan,” katanya yang bakal bersalin Mac tahun depan.

Saiful pada tahun 2008 membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat, menyebabkan bekas timbalan perdana menteri dihukum penjara lima tahun pada April 2015.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline