Friday April 21, 2017
5:02 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bayi lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 6.30 pagi semalam. — Paparan skrin GoogleBayi lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 6.30 pagi semalam. — Paparan skrin GoogleIPOH, 21 April — Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi berusia lapan bulan semalam akibat kecederaan di belakang kepala dipercayai dipukul dan dihentak objek keras.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata wanita berumur 36 tahun yang telah berkahwin itu, ditahan di rumahnya di Taman Meru pada 11 pagi semalam selepas bayi lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 6.30 pagi, hari yang sama.

“Seorang doktor membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada Rabu lalu selepas bayi tersebut dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat terdapat pendarahan dalam kepala bayi dipercayai mangsa dipukul atau dihentak dengan objek yang keras,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sum berkata berdasarkan siasatan, ibu bayi berkenaan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh itu pada 7 pagi Rabu dalam keadaan sihat.

“Bagaimanapun, semasa ibu bapanya sampai ke rumah pengasuh mendapati bayi itu tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia keesokannya,” katanya sambil menambah bayi itu telah dihantar ke rumah pengasuh tersebut sejak Januari lepas.

Sum berkata punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan pengasuh berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Sum berkata lori yang terbabas di Kilometer 278.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebelum hentian Sungai Perak pagi semalam sehingga menyebabkan pemandunya maut, adalah lori curi dari Johor Bahru.

“Semasa kejadian lori tanpa muatan itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang dan pegawai penyiasat dari Johor Bahru akan menguruskan barang kes iaitu lori berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, pemandu lori berkenaan, B. Mallai Perumal, beralamat di Kulai, Johor, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam lori tersebut sebelum dikeluarkan pihak bomba. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline