Tuesday November 7, 2017
10:54 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Para pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merayakan kemenangan Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 di Shah Alam, 4 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersPara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merayakan kemenangan Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 di Shah Alam, 4 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersALOR SETAR, 7 Nov — Pemuda Umno Kedah memohon menteri besar melepaskan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta-merta.

Ketua Pemuda Umno negeri berkata amat memalukan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah diejek penyokong sendiri di perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Pemuda Umno percaya apa yang terjadi tempoh hari adalah sama sekali tidak boleh diterima,” kata Datuk Shaiful Hazizy seperti dilapor Sinar Harian.

“Komitmen dan pengorbanan beliau langsung tidak dikenang dan dihargai.”

Sepanjang Ahmad Bashah menerajui KFA, skuad Lang Merah menjuarai Piala Malaysia sekali, Piala Sumbangsih sekali dan juga Piala Belia sekali.

Beliau turut mencadangkan semua ahli politik Umno berundur daripada KFA.

“Tuntutan dan cadangan ini dibuat atas dasar untuk menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak berkepentingan tertentu yang terus menjadikan bola sepak sebagai medan mereka mencari simpati politik dan amarah politik,” kata Shaiful lagi.

Kedah tewas 0-2 kepada JDT dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Jaringan seawal minit ke-3 mengejutkan pasukan itu.

Sebelumnya timbul kekecohan antara penyokong yang marah kerana tiket habis dijual tidak sampai sejam.

Beberapa pihak mendakwa tiket diperuntukkan kepada badan bukan kerajaan dan penyokong Umno.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline