Last updated Saturday, December 03, 2016 5:33 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
7:50 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Polis Daerah Batu Pahat berkata kejadian berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaKetua Polis Daerah Batu Pahat berkata kejadian berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaJOHOR BARU, 30 Nov — Seramai 30 pelancong China berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di KM92.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian berlaku pada 5 petang ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Kuala Lumpur.

“Kejadian berlaku apabila tayar bas dinaiki mereka tiba-tiba meletup dan pemandu serta-merta memberhentikan kenderaan di tepi jalan raya sebelum mengarahkan kesemua penumpang turun dari bas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 petang dan menghantar sebuah jentera dengan empat anggota.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati bas jenis Nissan D8 terbakar 100 peratus,” katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline