Saturday August 12, 2017
11:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pasangan ini diijabkabulkan hujung bulan lalu di TPC Bukit Kiara dengan sekali lafaz.  — Foto ihsan Instagram/SallywhoPasangan ini diijabkabulkan hujung bulan lalu di TPC Bukit Kiara dengan sekali lafaz. — Foto ihsan Instagram/Sallywho

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Dua minggu berumah tangga, pelakon Siti Saleha seperti tidak menyedari dia kini sudah disunting orang.

Ahmad Lutfi Azhar berkata isterinya itu seakan terlupa majlis perkahwinan dan pelamin yang sudah dibina buat mereka. 

“Dia asyik terlupa yang ini perkahwinan kami dan ini pelamin kami. 

“Sebabnya kami selalu pergi ke majlis perkahwinan kawan. 

“Kali ini kami pula yang duduk di situ,” kata Lutfi kepada pemberita di majlis persandingannya minggu lalu.

Pasangan ini diijabkabulkan hujung bulan lalu di TPC Bukit Kiara di sini dengan sekali lafaz. 

Lutfi, 31, dinikahkan bapa Saleha, Mohd Baharom Abdul Rahman dan memberikan mas kahwin RM500 kepada isteri.

Saleha, 27, berkata walau Lutfi tidak merasakan perbezaan ketara namun dia kini berasa lebih tenang.

“Dia rasa normal tetapi saya rasa tidak normal sebenarnya. 

“Kehidupan sebenar berbeza apabila kami kini tinggal bersama. Ia menarik. 

“Berkahwin buat kami rasa tenang dan indah. Kami masih baru. 

“Sudah tentu perlahan-lahan kami akan selesakan diri,” kata Saleha anggun mengenakan persalinan songket Melayu.

Lutfi berkata sebagai suami, sudah tentu dia berasa istimewa apabila berasa di sisi Saleha. 

Katanya, tumpuan kini dialihkan kepada isteri tercinta berbanding kesibukan kerja di pejabat.

“Bila duduk bersama, dia urut tangan saya, saya kata betul ke ni? Dahsyat. Apa yang dia mahu?

“Saya biasa balik kerja lambat dan dia tanya saya di mana. 

“Soalan itu tiada sebelum ini. Saya sedar saya ada tanggungjawab baharu,” kata Lutfi sambil tersenyum.

Saleha berkata apa yang menarik ialah Lutfi juga tidak membiarkannya berseorangan di dapur.

“Di dapur ada keseimbangan. Saya sediakan makanan dan dia basuh pinggan mangkuk. 

“Dia tidak biarkan isteri buat semua benda. Kami macam sekumpulan. Memang dari dulu begitu,” kata Saleha.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline