Friday April 21, 2017
11:55 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Raja Hakim berkata dirinya sedikit lewat menceburi bidang seni kerana terpaksa menghabiskan pengajian peringkat diploma. — Foto ihsan Instagram/Raja HakimRaja Hakim berkata dirinya sedikit lewat menceburi bidang seni kerana terpaksa menghabiskan pengajian peringkat diploma. — Foto ihsan Instagram/Raja HakimPUTRAJAYA, 21 April — Tersenarai antara tujuh bintang baharu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017, Raja Hakim tidak kisah andai peminat membandingkan lakonannya dengan Raja Afiq.

Abang pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz berkata, walau masih hijau dalam bidang seni, Raja Afiq tidak keberatan memberi dorongan dan tunjuk ajar.

“Saya tiada masalah dibandingkan tetapi saya akan buat yang terbaik kerana kami ada cara masing-masing.  

“Saya memang ada merujuk dia sebab dia lebih lama daripada saya. Dia pun menggalakkan dan beri sokongan,” katanya kepada ProjekMMO.

Raja Hakim (kanan) antara tujuh bintang baharu DFKL2017 yang akan membintangi drama 'Dekatkan Jarak Kita'. — Foto DFKLRaja Hakim (kanan) antara tujuh bintang baharu DFKL2017 yang akan membintangi drama 'Dekatkan Jarak Kita'. — Foto DFKLSelepas terpilih sebagai bintang DFKL 2017, Raja Hakim ditawarkan membintangi drama Dekatkan Jarak Kita yang akan disiarkan di stesen televisyen Media Prima.

Raja Hakim, 25, berkata dirinya sedikit lewat menceburi bidang seni kerana terpaksa menghabiskan pengajian peringkat diploma di Politeknik Port Dickson.

Pemegang Diploma Kejuruteraan Awam ini juga sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan kreatif di Universiti Utara Malaysia secara jarak jauh (PJJ).

“Saya dan Raja Afiq masuk sama-sama ke bidang ini cuma saya sambung belajar dan dia masih teruskan.

“Saya juga mencuba di DFKL dan alhamdulillah rezeki saya di sini. Saya akan buat yang terbaik.

“Raja Afiq juga salah satu pembakar semangat untuk buat yang terbaik dan ia satu persaingan sihat.

“Saya akan minta tunjuk ajar pelakon sedia ada untuk mengajar. Saya tidak nampak persaingan sebab rezeki masing-masing, kita tidak tahu,” katanya.

 

hangout with mybro @rajaafiqqofficial happy weekend peeps... #swag #weekend #leanmuscle #hangout

A post shared by Raja Aidzal Hakim (@rajahakim_) on

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline