Last updated Tuesday, December 06, 2016 11:50 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
1:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pawagam di Alamanda Putrajaya mencatatkan jumlah kutipan tertinggi filem 'Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!' — Foto ihsan YouTube/Les’ Copaque ProductionPawagam di Alamanda Putrajaya mencatatkan jumlah kutipan tertinggi filem 'Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!' — Foto ihsan YouTube/Les’ Copaque ProductionKUALA LUMPUR, 30 Nov ― Belum sampai seminggu tayangan, filem animasi kanak-kanak tempatan “Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!” berjaya mengutip RM3 juta, kata jurucakap Les' Copaque Production.

Ditayangkan di 122 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei 24 November lalu, kutipan tertinggi dicatatkan di Alamanda Putrajaya, diikuti Melaka dan Kuantan, kata Mohd Zarin Abdul Karim.

“Sehingga Ahad lalu, jumlahnya sudah cecah RM3 juta. Seperti kita ketahui, Putrajaya tempat tertumpunya kawasan Melayu dan strategi musim cuti sekolah juga mempengaruhi [kutipan],” katanya ketika dihubungi ProjekMMO.

“Untuk memastikan sambutan hangat, kami membuat kejutan membawa maskot Upin dan Ipin untuk meraikan penonton terutamanya kanak-kanak.”

Filem terbitan bersama KRU Studios itu diarahkan sutradara terkenal, Erma Fatima dan Ainon Ariff menampilkan Puteri Balqis sebagai watak utama selain Asyiela Putri (pelakon suara Upin dan Ipin), Awie, Sara Ali dan Remy Ishak.

Selepas tujuh tahun menyepi di layar perak, watak kanak-kanak kembar kampung itu kembali menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menggabungkan teknik 3D dan lakonan hidup.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline