Friday February 9, 2018
6:08 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ibu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto BernamaIbu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 9 Feb — Mangsa dera bapa Nur Aina Nabihah bukan sahaja dipukul teruk hingga menemui ajal malah lehernya turut digigit.

Ketua polis Port Dickson berkata suspek semasa disoal siasat juga mengaku memaksa Aina membuat tekan tubi sebanyak 500 kali, lapor Harian Metro.

“Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu dengan alasan kononnya mangsa seorang kanak-kanak yang degil,” kata Supt Zainudin Ahmad.

Pada 31 Januari lalu, Nur Aina, 9, tidak sedarkan diri di rumahnya di Lukut, Port Dickson sebelum disahkan meninggal dunia di hospital Seremban. 

Mangsa dilaporkan cedera parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak dan tulang rusuk patah.

Ketika siasatan, suspek dilaporkan mengaku memukul anaknya dengan tali pinggang dan kerusi plastik, selain menendang dan memijak perut mangsa.

Iklan

Iklan

MMO Instagram