Friday June 16, 2017
7:51 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Rohani Abdul Karim mahu khidmat kaunseling itu diadakan berterusan bagi membantu waris menangani perasaan kehilangan anak. — Foto oleh Choo Choy MayDatuk Seri Rohani Abdul Karim mahu khidmat kaunseling itu diadakan berterusan bagi membantu waris menangani perasaan kehilangan anak. — Foto oleh Choo Choy MayKEPALA BATAS, 16 Jun — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling untuk waris dan anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat dibuli, kata menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata khidmat kaunseling itu akan diadakan secara berterusan bagi membantu waris menangani perasaan kehilangan anak dan insan tersayang.

“Kita kena redakan perasaan waris dan anggota keluarga yang terlibat...parah jika (waris) berdendam. Kita faham itu satu kehilangan (buat mereka).

“Jadi, ini peranan kita. Waris mengalami kehilangan anak, trauma, perasaan marah...satu, dua kaunseling tidak cukup. Kita akan memberi sesi kaunseling kepada keluarga yang terlibat dan melihat apa yang terbaik untuk membantu keluarga ini dalam menangani perasaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Terapi Minda dan Relaksi di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini semalam.

Rohani merujuk kepada kes seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera sehingga maut oleh rakan-rakan seuniversiti dan remaja berusia 18 tahun, T.Nhaveen, yang dipukul dengan teruk oleh sekumpulan remaja sehingga koma sebelum meninggal dunia di Taman Tun Sandon, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata beliau sedih dengan kejadian buli membabitkan remaja sehingga mengakibatkan kematian, dan menyifatkan mereka yang terlibat dengan kejadian itu seolah-olah dikuasai dendam dan dirasuk.

“Kalau institusi keluarga kita pupuk dengan kasih sayang, menghormati dan sebagainya, saya rasa mereka tidak akan membuli apabila mereka dewasa. Kadang-kadang mereka ini stres, marah... sikit sahaja dah menjadi rusuhan, pukul tanpa sebab...ini sangat sedih.

“Kami merasakan kita perlu lakukan lebih banyak lagi, kena cari kaedah lagi supaya gejala buli ini tak ada,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihati ibu bapa supaya mengesan kecenderungan anak-anak mereka dalam gejala itu supaya segera bertindak awal dengan merujuk kepada Pusat Keluarga LPPKN bagi menerima rawatan kaunseling.

Beliau berkata kementerian memberi perhatian serius terhadap isu buli dan sentiasa bekerjasama dengan kementerian lain dalam usaha mencari kaedah menangani isu itu. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline