Thursday January 4, 2018
8:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penduduk Kampung Gudang Rasau di Kuantan, Abdul Rahim Mohd Hanif melihat rumah yang sudah dimasuki air, 3 Jan 2018. ― Foto BernamaPenduduk Kampung Gudang Rasau di Kuantan, Abdul Rahim Mohd Hanif melihat rumah yang sudah dimasuki air, 3 Jan 2018. ― Foto BernamaKUANTAN, 4 Jan ― Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan di lima daerah meningkat kepada 6,106 orang sehingga jam 10 malam tadi berbanding 4,851 orang pada pukul 7 malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih merekodkan pemindahan penduduk terjejas banjir paling ramai dengan 4,958 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Seramai 156 orang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 ), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing (empat orang), dan SK Kampung Padang (73),

“Di SMK Pandan, terdapat seramai 892 orang, Balai Raya Kampung Pahang (63), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (199), Balai Raya Kampung Tiram (137), SMK Paya Besar (642),  SRJK (C) Chung Ching (527), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (26) dan SK Kempadang (41).

“Di Wisma Belia pula, seramai 635 orang telah dipindahkan di situ, Balai Raya Pasir Kemudi (dua),  Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (283), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (35), dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (235),” menurut portal itu.

Selain itu, lima orang penduduk terjejas banjir turut ditempatkan di Dewan Melati Penjara Penor, SMK Tanah Putih (331) dan Dewan SUKPA (206).

Dalam pada itu, Rompin menjadi daerah kedua tertinggi bilangan penduduk terjejas banjir dipindahkan dengan 652 orang iaitu di Dewan Orang Ramai Telok Gading (15), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampun Pianggu (72), SMK Pontian Jaya (82).

Di Balai Raya Kampung Sepayang pula terdapat seramai 64 orang, SK Sarang Tiong (159),  Balai Raya Kampung Mikang (lapan), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (18) dan Balai Raya Rekoh (56).

Tiga daerah lagi yang menempatkan penduduk terjejas banjir ialah Pekan di SK Merchong Jaya (383) dan Balai Raya Kampung Menchupu (22), manakala di Jerantut, mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri (11) dan Balai Raya Kampung Besul (lapan).

Di Maran pula terdapat dua pusat pemindahan iaitu di Surau Kampun Bintang yang menempatkan lima orang dan PPPS Kampung Baru Sungai Chedong menempatkan 67 orang. ― Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline