Sunday September 17, 2017
1:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebahagian jalan di Langkawi, Kedah dibanjiri air. — Foto ihsan Facebook/ Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di LangkawiSebahagian jalan di Langkawi, Kedah dibanjiri air. — Foto ihsan Facebook/ Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di LangkawiLANGKAWI, 17 Sep — Episod terbaharu banjir yang melanda Langkawi berakhir hari ini selepas Pegawai Daerah Isahak Murat mengumumkan paras air di Sungai Kuala Melaka turun di bawah paras bahaya.

Katanya bacaan terakhir yang dicatatkan menunjukkan paras air sungai yang terletak di Mukim Padang Matsirat itu berada pada 2.90 meter iaitu 0.5 meter dari paras bahaya 3.40 meter.

“Bilik Gerakan (Pengurusan Bencana Daerah) memutuskan semua mangsa dibenarkan pulang dan (semua) pusat pemindahan ditutup,” katanya di sini hari ini.

Isahak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Langkawi sebelum ini berkata banjir yang bermula sejak dua hari lepas itu berlaku ekoran dari keadaan hujan berterusan dan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga 1.5 meter.

“Beberapa jalan turut ditenggelami air (pada kemuncak banjir pada hari Jumaat lepas) dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan tetapi keadaan pulih dan dapat dilalui semua kenderaan pada sebelah petangnya,” katanya.

Sementara itu banjir ini turut memaksa 285 orang penduduk di beberapa buah kampung di sekitar pulau pelancongan ini ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara, masing-masingnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang dan Dewan Kampung Raja, Padang Matsirat.

Daripada jumlah itu, 175 orang mangsa adalah penduduk dari kawasan kampung di sekitar Mukim Kedawang sementara 110 orang lagi dari penempatan-penempatan di Padang Matsirat.

Isahak berkata petugas-petugas dari beberapa agensi kerajaan telah membuat tinjauan sejak kelmarin bagi menilai kerosakan-kerosakan yang dialami ekoran dari bencana ini. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline