Wednesday August 24, 2016
3:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ‘Bangsa Johor’ boleh menggalakkan rasa bangga diri yang ‘tidak sihat’. ― Foto oleh Yusof Mat IsaTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ‘Bangsa Johor’ boleh menggalakkan rasa bangga diri yang ‘tidak sihat’. ― Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 24 Ogos ― Mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata ungkapan “Bangsa Johor” yang sering dilaungkan di negeri itu menggalakkan rasa bangga diri yang “tidak sihat” berbanding negeri-negeri lain.

“Ia cenderung memecahkan kesatuan persekutuan [Malaysia]. Sebenarnya, kita perlu mempromosikan idea warga Malaysia berbanding rakyat berbeza-beza negeri.

“Menekankan kerakyatan negeri bukan perkara yang begitu sihat. Saya tidak mahu melihat kita ke arah itu kerana kita semuanya sama.

“Tiada [negeri] yang lebih hebat daripada yang lain. Kita semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu sesi soal jawab di sebuah forum di sini hari ini.

Menegaskan idea “bangsa Malaysia” dalam Wawasan 2020, Dr Mahathir berkata kemakmuran dan pembangunan Johor juga hasil kedudukannya dalam Malaysia.

Tambahnya, jika ada usul memisahkan Johor dari Malaysia, ia hanya merugikan kedua-dua belah pihak.

“Itu hak mereka mempromosikan idea itu. Bagi saya, jika beliau cuba memisahkan, persekutuan akan musnah. Hanya bersatu, kita akan makmur,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline