Last updated Thursday, April 27, 2017 11:05 am GMT+8

Monday March 20, 2017
11:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua pengawal Istana Besar membuat laporan polis di IPD Johor Baru Selatan mengenai seorang lelaki yang membaling bom petrol Jumaat — Paparan skrin GoogleKetua pengawal Istana Besar membuat laporan polis di IPD Johor Baru Selatan mengenai seorang lelaki yang membaling bom petrol Jumaat — Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 20 Mac — Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai membaling bom petrol ke arah pintu Istana Besar, dekat sini jam 11.45 pada Jumaat.

Suspek lelaki, 29, bermotosikal  berhenti di depan pos tetap kawasan istana sebelum membaling bom petrol ke arah pintu istana dan menyerah diri, lapor Kosmo! memetik sumber.

“Pegawai kawalan ketika bertanya kepada suspek sebab dia membaling bom petrol tersebut, lelaki itu menjawab dia ingin membakar istana.

“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada polis yang sedang membuat rondaan di kawasan istana,” kata sumber. 

Ketua pengawal istana kemudiannya membuat laporan polis di IPD Johor Baru Selatan dan polis mengesahkan kejadian tersebut.

Istana Besar berusia 151 tahun adalah kediaman rasmi Sultan Johor sehingga Istana Bukit Serene siap tahun 2014.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline