Friday April 21, 2017
10:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ruhainies berkata sebagai artis menjadi lumrah apa yang dilakukan, diperkatakan orang dan itu lebih baik daripada tidak dikenang peminat. ― Foto oleh Yusof Mat IsaRuhainies berkata sebagai artis menjadi lumrah apa yang dilakukan, diperkatakan orang dan itu lebih baik daripada tidak dikenang peminat. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

PUTRAJAYA, 21 Februari — Selesai mengerjakan umrah pada Februari, pelakon Ruhainies mendakwa masih belum bersedia untuk berhijab.

Ruhainies, 25, berkata isu menutup aurat agak sensitif untuk diperkatakan namun sedia berubah ke arah kebaikan apabila menerima hidayah Tuhan.

“Orang akan kata balik umrah kena bertudung dan tutup aurat. Saya tetap akan jaga tingkah laku dan pemakaian agar tidak terlalu terdedah.

“Saya pun dari dulu tidak terlalu seksi. Saya akan lebih menjaga selepas ini sebab orang pun sudah tahu saya pergi umrah.

“Benda ini isu sensitif tetapi kalau hidayah itu sampai, saya terbuka,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

Alhamdulillah🕋❤

A post shared by @ruhainies7 on

 

Pelakon drama Menantu Ting Tong berlepas ke tanah suci Februari lalu bagi mengerjakan umrah dan menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Turut berangkat kedua orang tuanya yang selama ini menjadi harapannya untuk membawa mereka menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Saya pergi ke sana dua minggu. Tetapi mak dan ayah saya pergi dahulu, saya pergi dengan produksi seminggu selepas itu. Buat penggambaran dan umrah sekali.

“Saya pun sudah lama merancang untuk bawa orang tua ke Mekah. Kebetulan saya ada penggambaran, jadi saya bawa mereka ke sana,” katanya.

 

 

Ditanya reaksi orang ramai mengenai videonya mencium adik di laman Instagram, Ruhainies berkata ia menandakan peminat mengambil berat.

Katanya, sebagai artis menjadi lumrah apa yang dilakukan, diperkatakan orang dan itu lebih baik daripada tidak dikenang peminat.

“Saya tidak marah sebab saya bukan baharu dalam industri. Saya sudah tahu asam garam dalam dunia hiburan.

“Apa sahaja teguran mereka, saya terima dengan hati terbuka. Maknanya mereka ambil berat pasal saya.

“Apa saja saya buat, mereka perkatakannya. Maknanya mereka tahu pasal perkembangan saya dengan mengikuti Instagram saya.

“Berbanding apa yang berlaku pada saya seperti kemalangan, tiada siapa yang bercerita. Lagi sedih begitu, jadi saya tidak kisah,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline