Thursday January 11, 2018
5:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Zara Zya kecewa kerana penampilan ditegur secara melampau dan biadab. — Foto ihsan Instagram/Zara ZyaPelakon Zara Zya kecewa kerana penampilan ditegur secara melampau dan biadab. — Foto ihsan Instagram/Zara ZyaPETALING JAYA, 11 Jan — Pelakon Zara Zya kecewa kerana dikecam lantaran penampilannya berbaju ketat.

Pelakon Duda Terlajak Laris meminta mereka “buka minda sebelum buka mulut” ketika membuat teguran yang “melampau batas dan biadab”.

“Kamu fikir apa kalau org biadab dengan kamu?”

“Jaga bahasa bila dengan manusia lain. Jangan malukan family awak dengan sikap awak yang macam ni. Komen biadab kat ig (Instagram) orang lain” katanya.

Foto tersebut menerima lebih 38,000 likes dan 700 komen pengikut akaun Instagram.

Sebahagian pengikut memberi komen negatif terhadap penampilan Zara yang dianggap kian seksi selain warna rambutnya berubah.

Sebaliknya, Zara, 32 tahun, menyatakan penampilan dan gaya rambutnya mengikut tuntutan watak dalam sesebuah drama.

Kecaman ini bukan pertama kali menimpa Zara berikutan artis itu pernah “disumpah seranah” pada 29 Disember lalu, selepas dianggap mempersoal isu populariti hiburan dari Korea Selatan atau K-pop.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline