Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Thursday December 1, 2016
5:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sekeping alas kaki, yang mengandungi ayat al-Quran, dibeli Kamariah Ali seperti dimuatkan di Facebook peribadinya 29 November 2016. Sekeping alas kaki, yang mengandungi ayat al-Quran, dibeli Kamariah Ali seperti dimuatkan di Facebook peribadinya 29 November 2016. KUALA TERENGGANU, 1 Dis ― Jabatan agama Terengganu mengesan sebuah kedai di Dungun yang menjual alas kaki mengandungi keratan ayat-ayat suci al-Quran.

Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan operasi termasuk merampas barangan itu, lapor Berita Harian.

Siasatan dibuat untuk mencari pihak yang meletakkan helaian ayat al-Quran pada alas kaki yang dijual dengan harga RM2 susulan aduan pengguna semalam, kata pesuruhjaya JHEAT.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu, kata Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

“Jika sabit kesalahan pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya kepada akhbar itu.

Khamis lalu, seorang pengguna Facebook mendedahkan alas kaki yang dibelinya mengandungi ayat suci al-Quran selepas ia dikoyak dengan gunting.

“Petang tadi [Khamis] ada sampai [mesej] WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Quran.

“Apabila balik di rumah, [saya] periksa, rupa-rupanya [alas kaki saya] ada juga,” kata Kamariah Ali, seorang guru di Kuala Berang.

Selasa lalu, pengguna internet digemparkan dengan penemuan ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki yang terkoyak, lapor portal The Reporter

Kertas yang mengandung ayat-ayat suci itu ditemui oleh lelaki di Indonesia ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan 27 November lepas.

Menurut portal itu lagi, yang memetik Republika, dua alas kaki itu dibeli dari sebuah kedai di pasar Prambanan, Yogyakarta.

Februari lalu, lapor Sinar Harian, tindakan diambil terhadap pemilik sebuah kedai serbaneka dan pemborong yang menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran.

Dua premis perniagaan itu beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di Johor Baru, berdasarkan aduan ramai, kata exco agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline