Thursday September 14, 2017
11:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat hari ini. ― Foto BernamaAnggota Bomba dan Penyelamat sedang mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat hari ini. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 14 Sept ― Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai agar tidak menularkan  gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi  kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Asyraf dalam catatan Facebooknya  berkata beliau kecewa dan sedih melihat banyak gambar mangsa  disebar dan ditularkan sewenang-wenangya di laman sosial atau aplikasi sosial.

“Di mana akhlak dan etika kita sebagai orang Islam dan manusia bertamadun yang seharusnya punya nilai simpati kepada waris yang kehilangan orang tersayang.

“Apatah lagi memelihara aib jenazah adalah kewajiban yang ditetapkan syarak,” katanya.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan hari ini berharap semua gambar dan video mangsa yang tular di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi  WhatsApp dipadamkan.

“Kemungkinan tindakan penyebaran gambar dan video ini dilihat sebagai cara penyaluran maklumat namun perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah perasaan keluarga mangsa.

Penyebaran gambar tersebut sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang dan perasaan trauma dalam kalangan mereka,” katanya.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih sesuai bagi rakyat Malaysia mendoakan agar roh mangsa kebakaran dicucuri rahmat dan keluarga mangsa diberikan kesabaran oleh Allah dan anggota masjid dan surau di seluruh Malaysia boleh mengadakan bacaan Surah Yassin pada setiap malam Jumaat.

Kebakaran 5.15 pagi tadi itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline