Saturday September 16, 2017
5:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Nur Fathia Latiff digugurkan daripada membintangi drama Laluna kerana masalah disiplin. — Foto ihsan Instagram/Fathia LatiffPelakon Nur Fathia Latiff digugurkan daripada membintangi drama Laluna kerana masalah disiplin. — Foto ihsan Instagram/Fathia LatiffKUALA LUMPUR, 16 Sept — Pelakon Nur Fathia Latiff digugurkan daripada membintangi drama Laluna kerana masalah disiplin.

Penerbit drama berkata Fathia, 30, datang lambat dan berada dalam keadaan tidak terurus ke set penggambaran, lapor mStar Online.

“Saya tahu dia memang ada masalah disiplin, saya beri peluang kerana dia pernah berjanji untuk buat yang terbaik namun perangainya masih tak berubah,” kata Norazah Sahud dari syarikat produksi TenView Sdn Bhd.

“Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana tidak mahu menanggung akibat kerana baki penggambaran masih panjang lagi.”

Katanya pelakon filem wanita popular tahun lalu itu juga melarikan diri dari set penggambaran selepas ditegur tidak memberikan komitmen.

“Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah,” katanya. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline