Last updated Friday, December 09, 2016 1:43 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
3:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim Kuala Linggi berkata lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai terjatuh daripada kapal Superstar Gemini kira-kira 11.05 malam pada Ahad. — Paparan skrin YouTube/StarCruisesTimbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim Kuala Linggi berkata lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai terjatuh daripada kapal Superstar Gemini kira-kira 11.05 malam pada Ahad. — Paparan skrin YouTube/StarCruisesMELAKA, 29 Nov — Seorang warga Singapura dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah kapal persiaran Super Star Gemini.

Kehilangannya disedari ketika kapal itu hendak berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5), Lt Komander (M) Mohamed Suffian Khairudin berkata lelaki berusia 60 tahun itu yang dikenali sebagai Wuan Poh Fatt dipercayai terjatuh daripada kapal berkenaan kira-kira 11.05 malam pada Ahad.

Beliau berkata mangsa disedari tidak berada di dalam kapal ketika kapal yang berpangkalan di Singapura itu hendak berlabuh.

“Mangsa disedari hilang dari kabin oleh kenalannya yang memaklumkan perkara itu pada kru kapal yang kemudian membuat pengumuman mencarinya di atas kapal, tetapi tidak mendapat respons daripada mangsa.

“Kru kapal kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kapal dan mengesan kelibat orang terjatuh ke dalam laut lebih kurang 9.5 batu nautika dari Pulau Batu Besar dan lebih kurang 12 batu nautika dari Tanjung Kling pada 27 Nov lalu, kira-kira 11.05 malam,” kata Mohamed Suffian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Bilik Gerakan APMM DM5 menerima panggilan berhubung laporan kehilangan mangsa yang dibuat Kapten Kapal Persiaran Super Star Gemini, Kapten Westergren melalui Maritime Rescue Sub Centre Wilayah Maritim Selatan Johor Bahru dan Maritime Rescue Command Centre Putrajaya kira-kira 9.20 malam tadi.

Katanya APMM DM5 kemudian mengaktifkan misi mencari dan menyelamat dengan menggerakkan aset Bot Kilat 19 dan Pengawal 49 ke lokasi sekitar perairan Tanjung Kling.

Mohamed Suffian berkata pihaknya telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama pelbagai pihak penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata hebahan juga dibuat kepada kapal dagang serta komuniti maritim yang melalui laluan berkenaan. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline