Sunday February 4, 2018
12:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pakaian di luar sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar. — Foto-foto ihsan Facebook/DTTBPakaian di luar sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar. — Foto-foto ihsan Facebook/DTTBBUKIT BERUNTUNG, 4 Feb — Api tiba-tiba muncul, barangan hilang dan mesej “tutup” menjadi tanda tanya besar di sebuah rumah perlindungan di sini. 

Kejadian pelik sejak 28 Januari lalu di Rumah Teduhan Kasih disyaki angkara “makhluk halus” tetapi usaha mengawalnya masih gagal, lapor Harian Metro.

Pengurus rumah teres dua tingkat itu, milik Pengasih Malaysia, berkata kebakaran pertama berlaku dari dalam sebuah almari penghuninya. 

“Malah saya tambah pelik apabila kunci van, kunci motosikal, telefon bimbit, selipar dan kopiah penghuni turut hilang,” kata Mohd Audi Azlie Mat Tahar.

Pakaian di dalam almari di sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar.Pakaian di dalam almari di sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar.“Kejadian dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus itu turut memberi petunjuk ganjil dan menimbulkan tanda tanya.” 

Ditemui akhbar itu semalam, beliau terkejut apabila barang hilang “ditemui semula di tempat lain dalam keadaan basah” tujuh jam kemudian. 

Mohd Audi Azlie pernah mendapatkan khidmat enam pengamal perubatan Islam bagi menyelesaikan gangguan “makhluk halus” itu tetapi tidak berjaya.

Api di tepi tingkap sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar.Api di tepi tingkap sebuah kediaman di Jalan Ros 4, Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor yang terbakar.“Saya cuba tinggalkan kertas kosong dan pen di dalam sebuah bilik dan terkejut bila kertas itu tertera perkataan ‘tutup’,” beliau dilapor berkata.

Kebakaran akibat api misteri itu memusnahkan antaranya pakaian dan tilam hingga hari ini dan mereka terpaksa membawa semua barangan ke luar rumah.

Beberapa foto yang dikaitkan dengan kejadian itu tersebar di media sosial. Ia menunjukkan api membakar tilam, pakaian, almari dan kerusi. 

Iklan

Iklan

MMO Instagram