Wednesday September 6, 2017
12:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan dalam siasatan RCI kerugian Bank Negara Malaysia pada awal 1990-an. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan dalam siasatan RCI kerugian Bank Negara Malaysia pada awal 1990-an. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 6 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan dalam siasatan kerugian berbilion-bilion ringgit Bank Negara esok.

Nama bekas menteri kewangan itu, ketika skandal itu diketahui awal 1990-an, berada dalam senarai saksi, kata peguamnya R. Sivarasa hari ini.

Anwar, yang juga timbalan perdana menteri waktu itu, akan menjadi saksi ke-18.

Beliau sebelum ini mendesak suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kes agar memanggilnya kerana namanya disebut beberapa kali.

Antaranya, seorang pegawai Bank Negara mendakwa Anwar minta isu itu didiamkan kerana bimbang ia boleh menggugat jawatan politiknya.

Namun tokoh PKR itu menafikannya, sebaliknya mendakwa bekas penolong gabenor Datuk Abdul Murad Khalid mempunyai “isu peribadi” dengannya.

RCI yang bermula 8 Ogos dijadual mengambil masa selama tiga bulan hingga 13 Oktober ini untuk menyiapkan laporannya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline