Thursday April 20, 2017
6:55 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan berhubung skandal kerugian RM10 bilion pada awal 1990-an. — Foto fail oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan berhubung skandal kerugian RM10 bilion pada awal 1990-an. — Foto fail oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 20 April — Pasukan khas yang menyiasat skandal kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an mengambil keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika skandal itu menjadi perhatian umum, tokoh PKR dan bekas ketua pembangkang itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Anwar, kini menjalani hukuman penjara tahun dibawa dari Penjara Sungai Buloh ke Kementerian Kewangan di Putrajaya, lapor Malaysiakini.

Maklumat itu baru sahaja diketahui keluarganya hari ini, kata anak sulungnya Nurul Izzah. yang juga naib presiden PKR dan ahli parlimen Lembah Pantai.

Pasukan khas itu, diketuai bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti urus niaga spekulasi mata wang asing sehingga menyebabkan negara kerugian sekurang-kurangnya RM9.3 bilion.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline