Thursday September 7, 2017
4:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerugian berbilion-bilion ringgit Bank Negara Malaysia disalahkan pada George Soros. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerugian berbilion-bilion ringgit Bank Negara Malaysia disalahkan pada George Soros. — Foto oleh Saw Siow FengPUTRAJAYA, 7 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi isu itu tidak dipandang serius.

Sebaliknya, kata bekas menteri kewangan itu, kerugian berbilion-bilion ringgit disalahkan pada pakar spekulasi George Soros, lapor Berita Harian.

“Semua laporan tahunan BNM memang dibentangkan, namun ia tidak dipandang serius kerana semua tahu mengenai Plaza Accord.

“Persepsi umum pada ketika itu menyalahkan pada keadaan antarabangsa dan Soros,” katanya di depan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian itu.

Anwar, menteri kewangan antara 1991 hingga 1998, mengetahui isu itu selepas dimaklumkan oleh gabenor BNM waktu itu Tan Sri Jaffar Hussein.

Jaffar memaklumkan kepadanya beberapa bulan sebelum pembentangan laporan kewangan pada Mac 1993, katanya kepada suruhanjaya itu hari ini.

Siasatan RCI itu yang bermula 8 Ogos dijadual mengambil masa selama tiga bulan hingga 13 Oktober ini untuk menyiapkan laporannya.

Semalam, seorang lagi bekas gabenor mendedahkan BNM rugi RM32.074 bilion dalam urus niaga mata wang asing antara 1988 hingga 1994.

Memberi keterangan kepada suruhanjaya itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata BNM bagaimanapun untung RM2.473 bilion pada 1990.

Beliau merujuk laporan Accounting Treatment of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1984 yang disediakan untuknya pada 2007.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline