Tuesday January 10, 2017
11:55 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pihak hospital mengambil masa kira-kira dua jam melakukan pembedahan kecil itu bagi mengeluarkan cincin berkenaan. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisPihak hospital mengambil masa kira-kira dua jam melakukan pembedahan kecil itu bagi mengeluarkan cincin berkenaan. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ/PolisJOHOR BARU, 10 Jan — Selepas tiga hari menahan sakit, seorang lelaki di sini akur ke hospital untuk mengeluarkan cincin yang tersekat di kemaluannya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah dua petang tadi selepas kemaluannya sudah mula membengkak.

“Pihak hospital mengambil masa kira-kira dua jam melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan cincin berkenaan sebelum kami diarahkan pulang selepas pembedahan selesai,” kata Mohamad Riduan Akhyar kepada Utusan Malaysia.

Pihak bomba tidak menjalankan operasi memotong cincin berkenaan kerana ia dilakukan pihak hospital, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, bomba diminta bersedia sekiranya bantuan diperlukan pihak hospital.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur minggu lalu mendedahkan sebanyak 80 peratus kes bantuan pemotongan cincin tersekat di kemaluan lelaki diterima sejak 2014.

Ketua pusat gerakan operasinya berkata sepanjang tiga tahun itu, 32 daripada 40 kes melibatkan aduan cincin di zakar manakala hanya lapan kes (20 peratus) sahaja kes pemotongan cincin pada jari tangan.

“Rata-rata mangsa mementingkan keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan kesakitan yang bakal ditimpa.

“Khususnya ketika kerja-kerja pemotongan cincin itu dilakukan di mana mereka perlu menahan kesakitan berjam-jam.” kata Samsul Maarif Saibani seperti dilaporkan Kosmo!.  

Cincin besi yang disarungkan ke zakar dipercayai dapat memperlahankan aliran darah dan mengekalkan ereksi untuk tempoh lebih lama.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline