Monday September 11, 2017
11:33 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Fattah berkata menjaga penampilan diri bukan sahaja demi kepentingan produk yang diwakili tetapi atas teguran peminat. — Foto oleh Choo Choy MayFattah berkata menjaga penampilan diri bukan sahaja demi kepentingan produk yang diwakili tetapi atas teguran peminat. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 11 Sept — Pelakon Fattah Amin menjelaskan setiap anggota badannya bernilai maka tidak boleh terdedah lama kepada cuaca panas.

Fattah, 27, berkata kawalan itu perlu dilakukan demi memastikan kulit tidak menjadi gelap dan sesuai dengan kehendak pengasas produk.

“Mungkin ada yang anggap saya keterlaluan tetapi apabila menjadi duta kepada produk tertentu, perkara begini amat dititikberatkan.

“Saya menjaga setiap anggota badan kerana semuanya membawa nilai terutama produk yang saya wakili sebagai duta.

“Sebab itulah pihak pengurusan akan berpesan kepada syarikat produksi untuk tidak membenarkan saya terdedah dengan panas.

“Ini kerana jika saya gelap atau kulit tidak sekata, ia akan mengganggu produk yang diwakili,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

 

Pelawak Nabil Ahmad minggu lalu menyindir Fattah selepas berkongsi satu pautan berita bertajuk “Fattah Amin tak boleh berjemur”.

Nabil melalui akaun Twitter miliknya menulis: “Fuuh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!”

Bagaimanapun, Nabil dikecam semula peminat Fattah mengingatkan status haji pelawak itu agar tidak memcampuri urusan orang lain.

 

Fattah berkata menjaga penampilan diri bukan sahaja demi kepentingan produk yang diwakili tetapi atas teguran peminat.

“Jika rambut saya panjang, mereka tegur dan meminta saya potong rambut. Itulah yang saya buat. Kadangkala mereka cakap kuku sudah panjang, pergi potong.

“Apa yang Tuhan kurniakan pada diri, kita seharusnya jaga.

“Cuba saya keluar selekeh, bukan peminat saja yang tak nak tengok, klien pun tak mahu lantik saya sebagai duta mereka,” dia dilaporkan berkata.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline