Last updated Tuesday, September 27, 2016 12:06 am GMT+8

Friday September 23, 2016
2:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Atikah Suhaime menafikan beliau wanita yang tidak berbaju bersama seorang lelaki dalam suasana intim seperti disebarkan.— Foto ihsan Instagram/Atikah Suhaime Atikah Suhaime menafikan beliau wanita yang tidak berbaju bersama seorang lelaki dalam suasana intim seperti disebarkan.— Foto ihsan Instagram/Atikah Suhaime KUALA LUMPUR, 23 Sept — Terkejut dituduh dalang sebar foto bogel, pelakon Ammar Alfian memberi amaran kepada seorang pelakon supaya jangan berlagak baik dan mengalih isu.

Ammar, 29, terkilan dengan tindakan pelakon lelaki yang menghantar dua mesej WhatsApp, menuduhnya menyebarkan gambar miripnya dengan seorang lagi pelakon Atikah Suhaime.

“Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri.

“Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini,” katanya kepada portal Harian Metro.

“Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

“Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.”

Ammar, pernah beraksi dalam drama “Hello Mr Perfect”, meminta pelakon lelaki itu terlebih dahulu memberikan bukti sebelum membuat tuduhan melampau.

“Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya seperti dilaporkan.

Sebuah forum Internet mendedahkan beberapa keping gambar intim pasangan, dikatakan mirip Atikah dan pelakon lelaki tersebut, yang memperlihatkan mereka seolah-olah tanpa baju.

Foto yang tidak diketahui tarikhnya memaparkan dengan jelas muka kedua-dua individu itu yang memandang ke arah kamera. Tidak jelas sama ada ia foto selfie atau daripada video.

Atikah awal minggu ini menafikan dirinya wanita dalam foto terbabit. Syarikat yang menaung artis wanita itu MiG Pictures bertekad mahu mencari dan mengheret dalang ke mahkamah.

Manakala pelakon lelaki tersebut belum memberikan sebarang kenyataan sewaktu dihubungi ProjekMMO melalui WhatsApp hari ini.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline