Last updated Thursday, February 23, 2017 1:10 pm GMT+8

Tuesday January 10, 2017
2:03 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Noor Nabila (kiri) memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad agar tidak melakonkan 'adegan panas' seperti Hollywood. — Foto ihsan Instagram/Sharnaaz AhmadNoor Nabila (kiri) memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad agar tidak melakonkan 'adegan panas' seperti Hollywood. — Foto ihsan Instagram/Sharnaaz AhmadKUALA LUMPUR, 10 Jan — Tidak jelas sama ada cemburu atau sebab lain, Noor Nabila Mohd Noor memberi amaran kepada bakal suaminya Sharnaaz Ahmad agar tidak melakonkan “adegan panas” seperti Hollywood.

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood,” kata kakak pelakon Neelofa dan pengarah urusan Naelofar Hijab.

Noor Nabila bercakap kepada mStar Online semasa sidang media pengumuman perkahwinannya dengan pelakon “Bukan Kerana Aku Tidak Cinta” di sini semalam.

Mereka dijadual mengadakan majlis ijab kabul pada malam 31 Mac di kediaman wanita itu di Duta Tropika di sini, sementara resepsi berlangsung pada 2 April di sini dan 16 April di Pulau Pinang.

 

 

Sharnaaz & NoorNabila 'save the date' event 📷 @bcreative_productions #liveupdate

A photo posted by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz pula mengakui kerja-kerjanya terjejas susulan tidak dapat tidur dengan lena akibat terlalu memikirkan majlis perkahwinan tersebut.

“Saya sangat gemuruh, risau dan takut apabila memikirkan tarikh yang semakin hampir, perasaan yang tidak tahu untuk digambarkan.

“Setiap kali malam, mata saya tidak mahu lelap dan fikir banyak benda serta tanggungjawab saya selepas ini,” katanya seperti dilaporkan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline