Thursday August 10, 2017
10:54 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Amar Asyraf menjadi duta produk pencuci alat sulit lelaki, Durro. — Foto ihsan Instagram/amar_asyrafPelakon Amar Asyraf menjadi duta produk pencuci alat sulit lelaki, Durro. — Foto ihsan Instagram/amar_asyrafKUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pelakon Amar Asyraf tidak segan silu mempromosikan produk pencuci alat sulit di laman sosial.

Pemilik nama sebenar Amar Asyraf Zailudddin, 30, menjadi duta produk Durro, penjagaan kebersihan harian khusus untuk lelaki keluaran syarikat DBI Health & Beauty milik Datuk Boy Iman.

"Bagi saya, tidak perlu malu atau segan bila bercakap tentang bahagian tersebut kerana ia adalah perkara normal yang perlu diambil tahu," katanya seperti dilapor mStar Online.

"Saya juga tak ada rasa malu pun nak promosi produk Durro ini di laman sosial."

Bosan dengan industri seni yang sering memaparkan skrip dan jalan cerita klise, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu kini beralih fokus kepada pengarahan teater.

Hasil karyanya Perempuan Satu Malam dibintangi pelakon terkenal Ellie Suriaty, Mardiana Alwi dan Amanda Misbun selesai dipersembahkan di Auditorium Taman Budaya di sini pada 28 hingga 30 Julai lalu.

"Terus-terang saya katakan yang saya sudah bosan dengan industri seni sebab itu sekarang saya lebih fokus pada teater sahaja.

"Kebanyakan skrip dan jalan cerita sesebuah drama terlalu biasa dan klise. Sampai satu masa saya rasakan sudah tidak ada cabaran dalam setiap watak yang diberikan," katanya yang masih belum mahu berhenti berlakon drama.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline