Sunday January 7, 2018
1:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penyokong Amanah, dengan baju jingga rasmi mereka, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 7 Januari 2018. ― Foto oleh Zuraneeza Zulkifli Penyokong Amanah, dengan baju jingga rasmi mereka, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 7 Januari 2018. ― Foto oleh Zuraneeza Zulkifli SHAH ALAM, 7 Jan ― Konvensyen pembangkang Pakatan Harapan (PH) berdepan masalah pagi ini apabila Parti Amanah Negara (Amanah) Johor memulau acara itu.

Sementara sekumpulan kecil mereka yang mendakwa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan membuat kecoh di awal pertemuan itu.

Amanah Johor dilaporkan tidak senang apabila diberikan dua kerusi parlimen di negeri itu, sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat 10 kerusi.

Ketuanya Aminolhuda Hassan berkata parti itu diberikan Parit Sulong dan Pulai, lapor Malaysiakini.

Johor mempunyai 26 kerusi parlimen, DAP mendapat enam dan PKR pula lapan kerusi. PPBM yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kerusi paling banyak.

Dr Mahathir disebut-sebut sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu menguasai Putrajaya. Namun PKR tidak senang dengan usul tersebut.

Sementara Berita Harian melaporkan kumpulan “Pro 98 Reformis” bertekak dengan satu lagi kumpulan, dipercayai Amanah, berhubung isu calon perdana menteri.

Mereka dilaporkan mahu Anwar, ketua umum PKR dan PH, dipilih sebagai calonnya dengan dengan menaikkan pemidang dan laungan pro-PKR. 

Insiden selama lima minit itu tidak berpanjangan apabila kumpulan tersebut beredar dari lokasi persidangan kedua PH di Pusat Konvensyen Ideal.  

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline