Thursday January 18, 2018
10:16 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Alif Satar dan Sherry Al-Hadad akan mengacara AJL ke-32 secara langsung 11 Februari ini dari Axiata Arena Bukit Jalil. — Foto oleh Choo Choy MayAlif Satar dan Sherry Al-Hadad akan mengacara AJL ke-32 secara langsung 11 Februari ini dari Axiata Arena Bukit Jalil. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 18 Jan — Pelakon Alif Satar tidak akan menolak andai ditawarkan lagi mengacara rancangan realiti Clever Girl musim ketiga.

Alif, 26, berkata kontroversi yang melanda rancangan itu bukanlah berpunca daripada dirinya dan ia senario biasa dalam siaran langsung televisyen.

“Saya tidak menolak apa juga yang datang. Isu itu tidak berkaitan dengan saya. Saya di sana hanya sebagai pengacara.

“Drama dalam pertandingan itu lumrah kerana ia satu rancangan televisyen,” katanya kepada ProjekMMO selepas diumumkan pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32.

Alif Satar (tengah), pengacara Clever Girl, terpaksa menyimpan rasa lucunya selepas program realiti itu berakhir. — Foto oleh Yusof Mat IsaAlif Satar (tengah), pengacara Clever Girl, terpaksa menyimpan rasa lucunya selepas program realiti itu berakhir. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Clever Girl tahun lalu mengundang kontroversi selepas terdapat dakwaan soalan bocor diberikan kepada peserta.

Salah seorang peserta yang tersingkir membuat dakwaan itu melalui Instagram namun menarik balik kenyataannya pada minggu berikutnya.

Peserta dari Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard muncul juara program berkenaan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Dalam perkembangan lain, Alif berkata dia tidak akan menolak seandainya digandingkan lagi dalam drama bersama Neelofa.

Katanya, Neelofa seorang pelakon yang baik dan berusaha keras untuk mencipta nama di pentas lakonan.

“Saya harap ada peluang berlakon bersama lagi dengan Neelofa sebab beliau seorang pelakon yang hebat dan serius untuk menjadi pelakon drama sebenar,” katanya.

Ditanya dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Neelofa masih kaku dalam lakonan, Alif berkata: “Tidak. Beliau berlakon sangat bagus.”

Finalis AJL ke-32 yang akan berentap membawa harapan komposer masing-masing untuk dinobatkan sebagai ‘Juara Lagu’. — Foto oleh Choo Choy MayFinalis AJL ke-32 yang akan berentap membawa harapan komposer masing-masing untuk dinobatkan sebagai ‘Juara Lagu’. — Foto oleh Choo Choy MayBeralih kepada pengacaraan AJL bulan depan, Alif berkata pertandingan itu memberi maksud yang mendalam buat dirinya.

Alif berkata walau sudah biasa mengacarakan siaran televisyen secara langsung namun tidak pernah diberi peluang mengacara rancangan berprestij seperti AJL.

“Tahun lepas saya terlibat sebagai finalis dan tahun ini saya mengacara jadi ia sesuatu yang istimewa bagi saya.

“Berkongsi satu pentas dengan Sherry adalah sesuatu yang mengujakan. Saya tidak sabar menunggu malam AJL nanti.

“Debaran tetap ada sebab AJL satu program yang sangat besar dan berprestij.

“Walaupun saya sudah biasa mengacara secara langsung tetapi tiada yang sebesar AJL,” katanya.
 

Iklan

Iklan

MMO Instagram