Tuesday March 21, 2017
5:55 PM GMT+8

TERKINI:
March 21, 2017
08:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Filem ‘Beauty and the Beast’ yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac lalu ditangguhkan tayangan kerana berdepan isu tapisan LPF ekoran babak gay. — Foto ReutersFilem ‘Beauty and the Beast’ yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac lalu ditangguhkan tayangan kerana berdepan isu tapisan LPF ekoran babak gay. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Selepas hampir seminggu tertangguh, filem Beauty and the Beast akhirnya bakal ditayangkan di pawagam 30 Mac ini.

Tayangan Disney itu akan disiarkan penuh tanpa sebarang potongan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), menurut pawagam Golden Screen Cinemas.

Sementara TGV Cinemas dalam Twitter mengumumkan tiket akan mula dijual bermula Khamis ini.

Pegawai GSC ketika dihubungi berkata filem itu dibenarkan tayang dengan klasifikasi “P13”, iaitu individu yang berumur 13 tahun ke bawah tidak dibenarkan menonton tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“Ia kekal seperti yang diluluskan pada awalnya. ‘Lulus Bersih P13’,” kata pengurus jenama dan perhubungan awam GSC Samantha Tan kepada Malay Mail Online.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ini memotong babak gay sebelum meluluskannya namun tidak dipersetujui pengedar Disney Malaysia, menyebabkan filem yang sepatutnya ditayang 16 Mac lalu tertangguh.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline