Friday February 2, 2018
1:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Putrajaya menahan sembilan individu termasuk seorang pengurus kedai piza yang mengajak pekerja wanita melakukan seks. — Paparan skrin GooglePolis Putrajaya menahan sembilan individu termasuk seorang pengurus kedai piza yang mengajak pekerja wanita melakukan seks. — Paparan skrin GooglePUTRAJAYA, 2 Feb — Seorang pengurus restoran makanan segera dibelasah berikutan mengajak pekerja wanita mengadakan seks.

Ibu bapa pekerja 22 tahun itu, bersama beberapa lelaki, datang ke restoran itu di Presint Diplomatik untuk berbincang sekitar jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

“Bagaimanapun ketika perbincangan antara keluarga wanita terbabit serta pengurus restoran dan dua rakannya, berlaku rasa tidak puas hati hingga berlaku pergaduhan dan rusuhan di tempat kejadian,” kata ketua polis daerah Putrajaya.

ACP Rosly Hassan berkata empat lelaki dan dua wanita daripada keluar pekerja ditahan kerana menyerang pengurus tersebut.

“Namun susulan siasatan selanjutnya, pihak polis kemudian memberkas pengurus terbabit serta dua rakannya yang juga dilaporkan turut menyerang keluarga wanita terbabit,” katanya.

Utusan Online menyebut pengurus kedai piza itu yang cedera di hidung dan mata serta lebam dirawat di Hospital Putrajaya.

Semua suspek, usia antara 21 hingga 44 tahun, disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Iklan

Iklan

MMO Instagram