Wednesday November 8, 2017
4:44 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pasukan bomba membantu membawa tujuh calon SPM ke SMK Kahang setelah laluan keluar digenangi air banjir setinggi aras pinggang, 8 November 2017. — Foto ihsan Jabatan Bomba dan PenyelamatPasukan bomba membantu membawa tujuh calon SPM ke SMK Kahang setelah laluan keluar digenangi air banjir setinggi aras pinggang, 8 November 2017. — Foto ihsan Jabatan Bomba dan PenyelamatJOHOR BARU, 8 Nov — Musim hujan sekarang turut menyusahkan calon-calon yang sedang menduduki peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jabatan bomba Kluang pagi ini membantu tujuh pelajar yang terkandas di Ladang Mutiara Kahang di sini jam 6.30 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketuanya Akob Sidek berkata anggotanya bergegas ke situ untuk menolong calon SPM tersebut selepas menerima panggilan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. 

Pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Said di Butterworth meniti meja yang disediakan pihak sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM, 6 Nov 2017. — Foto Bernama Pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Said di Butterworth meniti meja yang disediakan pihak sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM, 6 Nov 2017. — Foto Bernama Jalan tanah merah di ladang itu digenangi air separas pinggang dan semua pelajar SMK Kahang itu diangkut ke sekolah dengan sebuah lori.

Isnin lalu, 150 calon SMK Datuk Haji Ahmad Said Muhammad di Butterworth diangkut dengan pacuan empat roda polis seawal 6.30 pagi akibat banjir.

Sekolah itu antara banyak kawasan di Seberang Perai dan Pulau Pinang yang dilanda banjir teruk akibat hujan lebat dan angin kencang hujung minggu lepas.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline