Tuesday January 9, 2018
12:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahok memfail perceraian terhadap isterinya Veronica Tan dan menuntut hak penjagaan anak. — Foto ReutersAhok memfail perceraian terhadap isterinya Veronica Tan dan menuntut hak penjagaan anak. — Foto ReutersJAKARTA, 9 Jan ― Bekas gabenor Jakarta Ahok yang menjalani hukuman penjara atas dakwaan menghina agama, memfail perceraian terhadap isterinya Veronica Tan.

Peguam Ahok berkata permohonan difailkan Ahad lalu kepada Mahkamah Daerah Jakarta Utara melalui pasukan peguam yang diwakili adiknya Fifi Lety Indra.

Ahok, nama sebenar Basuki Tjahaja Purnama, turut memfailkan hak penjagaan anak, lapor Jakarta Post.

“Kami boleh mengesahkan yang Pak Ahok memfailkan perceraian daripada Ibu Veronica,” kata Josefina Agatha Syukur.

Punca perceraian tidak didedahkan atas alasan ia hal peribadi antara Ahok dan Veronica. Prosiding dijalankan secara tertutup.

Ahok pada 9 Mei tahun lalu dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina Islam pada kempen pilihan raya gabenor.

Berketurunan Cina dan beragama Kristian, ucapannya yang menggunakan ayat al-Quran mencetuskan ketegangan dalam kalangan golongan radikal Islam Indonesia.

Ahok gagal mempertahankan kedudukannya dan kalah kepada bekas menteri pendidikan Anies Baswedan.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline