Friday September 8, 2017
10:50 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Haliza Misbun, Ahmad Idham dan Atikah Suhaime menjayakan 'Pencuri Hati Mr Cinderella', filem yang hanya meraih kutipan lebih RM18,000 di pawagam. ― Foto ihsan Instagram/Haliza MisbunHaliza Misbun, Ahmad Idham dan Atikah Suhaime menjayakan 'Pencuri Hati Mr Cinderella', filem yang hanya meraih kutipan lebih RM18,000 di pawagam. ― Foto ihsan Instagram/Haliza MisbunKUALA LUMPUR, 8 Sept ― Walaupun filem Pencuri Hati Mr Cinderella rugi RM900,000, namun pengarahnya berkata pihaknya hanya rugi RM500,000.

Sepanjang 20 hari tayangan sejak 10 Ogos, filem itu mengutip RM18,840.50 berbanding kos pembikinan mencecah RM1 juta, lapor Kosmo!.

“Filem itu banyak mendapat tajaan tetapi saya telah mengeluarkan sendiri bajet sebanyak RM500,000,” kata Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Menurutnya, walaupun gagal mendapat kutipan tinggi di pawagam, namun beliau boleh menyiarkannya di platform lain termasuk di televisyen.

“Perkara ini juga tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya kerana ia merupakan lumrah industri filem tempatan,” katanya.

 

Filem #pencurihatimrcinderella coming soon 10 Ogos 2017....

A post shared by Ahmad Idham (@ahmad_idham) on

Susulan jualan tiket terlalu rendah, Pencuri Hati Mr Cinderella dianggap antara “filem tempatan dengan kutipan terburuk” tahun ini.

Filem itu, yang turut dibintangi Ahmad Idham, mengisahkan cinta seorang duda bersama gadis pelayan kelab malam selepas bercerai dengan isterinya.

Turut dibintangi Atikah Suhaimie dan Haliza Misbun, filem drama romantik ini dikeluarkan oleh syarikat AIFA Motion Pictures Sdn Bhd.

Haliza dan Ahmad Idham pernah menjayakan siri drama popular Cinderella pada hujung 1990-an. Filem itu mengambil ilham daripada drama tersebut.

Pelakon-pelakon Datuk Eizlan Yusof, Cat Farish dan Kuza turut menjayakan filem ini.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline