Monday February 12, 2018
10:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia pada jam 6.45 petang di rumahnya di Taman Melawati Kuala Lumpur hari ini. — Foto BernamaDatuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia pada jam 6.45 petang di rumahnya di Taman Melawati Kuala Lumpur hari ini. — Foto BernamaKUANTAN, 12 Feb — Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira 6.45 petang tadi di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Adik beliau, Datuk Seri Muhammad Safian berkata beliau dimaklumkan arwah yang juga Ketua Umno Bahagian Paya Besar ditemui terjatuh di bilik air.

“Setakat ini, kami masih tidak tahu sama ada arwah akan dikebumikan di sini atau di Kuala Lumpur kerana menunggu keputusan keluarganya,” katanya semasa dihubungi di sini, malam ini.

Abdul Manan juga merupakan Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tahun 1986 hingga 2004. — Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram