Sunday August 27, 2017
3:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Afifah Nasir, 24, kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 70 episod Syurga Yang Kedua. — Foto ihsan Instagram/afifahnasir93Pelakon Afifah Nasir, 24, kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 70 episod Syurga Yang Kedua. — Foto ihsan Instagram/afifahnasir93KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Pelakon baru Afifah Nasir masih tidak putus menerima tawaran berlakon selepas kontroversinya dengan Aliff Aziz menggemparkan dunia hiburan tempatan baru-baru ini.

Afifah, 24, berkata dirinya kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 70 episod Syurga Yang Kedua yang turut dibintangi Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad, lapor mStar Online.

"Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua.

"Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semanga dan positif," katanya seperti dilapor.

Afifah ditemui Bella, atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras bersama suaminya Aliff pada 27 Julai lalu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan mereka berpegang tangan masuk ke bilik karaoke.

Ekoran itu Aliff, artis Singapura, ditahan polis selepas didakwa mengasari Bella yang masih dalam pantang melahirkan anak sulung.

Aliff selepas dibebaskan 29 Julai lalu mengaku salah dan memohon maaf kepada umum.

Namun Afifah mendakwa dirinya menjadi mangsa keadaan selepas diarahkan pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu melayan kerenah Aliff.

Adik aktres Anzalna Nasir berkata insiden itu memberi pengajaran kepada dirinya menjadi matang dan tidak terlalu mudah percaya dengan orang.

"Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita," katanya seperti dilapor portal itu lagi.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline