Sunday June 18, 2017
1:17 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Adira berkata Syawal kali ini akan disambut secara sederhana bersama anak dan keluarga di Ranau, Sabah. ― Foto oleh Yusof Mat IsaAdira berkata Syawal kali ini akan disambut secara sederhana bersama anak dan keluarga di Ranau, Sabah. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 18 Jun — Bakal beraya di kampung halaman di Sabah, penyanyi Adira tidak berkecil hati andai suami Datuk Seri Adnan Abu tidak bersama di pagi Syawal.

Adira, 25, berkata Adnan yang mesra disapa Datuk Red berhak memilih sama ada untuk beraya bersamanya atau isteri pertama Datin Syarifah Norshafila Hassim.

“Saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita mahu bergaduh hingga mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga.

“Bukankah suami itu ketua keluarga? Jadi, saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Kalau suami tidak bersama saya pun ia tidak perlu dijadikan isu. Buat apa hendak gaduh-gaduh, bukankah kita beraya sebulan?

“Banyak lagi masa untuk suami dan saya beraya bersama,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi Untuk Cinta merupakan isteri kedua Adnan selepas mendirikan rumah tangga di negara jiran pada Disember 2015.

Naib juara Akadami Fantasia musim kelapan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada Mac yang diberi nama Anggerik.

Adira berkata Syawal kali ini akan disambut secara sederhana bersama anak dan keluarga di Ranau, Sabah.

“Biasanya saya menyambut hari raya secara bersederhana. Hendak membeli sakan baju raya untuk Anggerik pun takut nanti hanya pakai sekali.

“Budak-budak tengah hendak membesar, nanti kalau beli baju berpasang-pasang pakainya hanya sekejap.

“Tambah pula harga baju budak-budak sama harganya dengan orang dewasa,” dia dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline