Friday January 12, 2018
2:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Farid Kamil, yang positif ganja, tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret. ― Foto oleh Hari Anggara Datuk Farid Kamil, yang positif ganja, tiba di mahkamah Petaling Jaya kira-kira 10.20 pagi sebelum dibawa di depan majistret. ― Foto oleh Hari Anggara PETALING JAYA, 12 Jan — Adik pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan abangnya mungkin mengalami masalah mental dan "amat merindui" dua anak.

Fadzil Zahari, 34, berkata pengarah filem itu menyatakan kerinduan tersebut dalam pertemuan mereka tiga hari lalu, lapor portal Kosmo!

"Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sebegini.

"Dia mungkin mengalami masalah mental yang kami keluarga sendiri tidak begitu pasti tentangnya," katanya di luar mahkamah pagi tadi.

Farid, 37, berkahwin dengan pelakon Diana Daniella, 27, pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Mohamad, 5, dan Nur Aurora, 3 tahun.

Beliau direman empat hari bagi membantu siasatan atas beberapa kesalahan termasuk menampar polis dan menggunakan dadah jenis ganja.

Isterinya dilaporkan tidak kelihatan di mahkamah di sini hari ini. Fadzil juga memberitahu beliau tidak dapat menghubungi aktres tersebut.

Sebelumnya Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman pelakon "Anak Halal" itu bagi siasatan bawah empat seksyen berlainan bagi tiga akta.

Pelakon popular itu disiasat bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Dua seksyen Kanun Keseksaaan itu berhubung kesalahan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekuatan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Selain kesalahan menggunakan dadah jenis ganja, Farid juga disiasat bagi tindakan tidak senonoh di balai polis.

Pada tengah hari semalam, Farid dilaporkan menampar seorang anggota polis dan seorang awam di balai polis Kota Damansara di sini.

Harian Metro hari ini melaporkan beliau berkelakuan aneh apabila ditemui berjalan sendirian tanpa baju sebelum dibawa ke balai.

Sementara itu, lapor mStar Online, Sofi Jikan berkata rakan seangkatannya itu sedang tertekan kerana berdepan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya.

Menganggap dirinya "orang yang rapat" dan "abang," beliau berkata Farid seorang lelaki yang baik dan sedang berada dalam kemurungan.  

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline